Friday, April 30, 2010
Thursday, April 29, 2010
Meninggal akibat demam denggi
Achik Spin maut dalam kemalangan
Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.
"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya.
Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.
Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.
Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.
"Pihak kami menerima panggilan pada pukul 6.32 petang dan kebakaran berjaya dipadamkan beberapa minit kemudian," katanya.
Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.
Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.
Monday, April 19, 2010
12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.
11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.
10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.
9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.
8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...
6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.
5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.
4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.
3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.
2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.
1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.
BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.....
Puisi untuk Ibu sila hayati jika anda sayang ibu anda...... Pernah aku ditegur Katanya untuk kebaikan Pernah aku dimarah Katanya membaiki kelemahan Pernah aku diminta membantu Katanya supaya aku pandai Ibu….. Pernah aku merajuk Katanya aku manja Pernah aku melawan Katanya aku degil Pernah aku menangis Katanya aku lemah Ibu….. Setiap kali aku tersilap Dia hukum aku dengan nasihat Setiap kali aku kecewa Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat Setiap kali aku dalam kesakitan Dia ubati dengan penawar dan semangat Dan Bila aku mencapai kejayaan Dia kata bersyukurlah pada Tuhan Namun….. Tidak pernah aku lihat air mata dukamu Mengalir di pipimu Begitu kuatnya dirimu…. Ibu…. Aku sayang padamu….. Tuhanku…. Aku bermohon padaMu Sejahterakanlah dia Selamanya….. oleh itu, hargailah jasa ibu kita.....

.jpg)